“Harapan Tinggi, Nak Jumpa Mak Di Sana. Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti.” – PU Azman Kongsi Momen Bersama Arwah Ibu, Buat Ramai Sebak

Perasaan rindu timbul apabila kita berada di jauhan dari orang yang kita sayangi. Sama ada isteri, suami, ibu bapa, adik-beradik, kawan, atau kekasih. Setiap manusia mesti akan rasa rindu.

Rindu yang paling terasa adalah rindu pada yang telah tiada. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan apabila merindui mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Terutama sekali insan yang paling disayangi seperti ibu kita.

Dalam satu perkongsian baru-baru ini, PU Azman ada memuat naik luahan rasa mengenai arwah ibunya menerusi laman instagramnya.

Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan.

Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa.
RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan.

Dalam pada itu, PU Azman turut berkongsi masakan kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibu.

Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood.

Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.

Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh.

Dulu kalau mak naik hanntu, dia kejar aku dengan r0tan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up.

Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.

Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana.

Tatkala melihat wanita lain seusia ibunya membuatkan dia kembali teringat dan rindu dengan ibunya.

Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku.

Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.

Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat.

Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain,”

Demikian perkongsian oleh PU Azman. Pengikut PU Azman turut berkongsi pengalaman dan kenangan dengan yang tersayang menerusi perkongsian tersebut.

ciksal8897 : Sedih… Rindu. Sy rindu kwn baik sy, anak sy, suami sy.. Sy hrp kt sana nnt sy jmpa semua.

zana_dyg_zanariah : Sebak baca. Wpun last ayat tu Ada unsur lucu. Tp paham apa yg tersirat. Tq cik man. Stiasa mgingatkan kmi yg kdg2 lupa.

siti_aswad875 : Saya kehilangan suami yg sgt baik dlm usia yg muda Dan ank ank masih kecil…org yg merasa sj akn phm perasaan kehilangan ni tp Allah ada. Allah sayang

ashahussin : Sedih nya ustaz kerana saya juga da tak da mak rindu mak

rosniabdkadir : betul sangat. kalau dulu, ada tempat mengadu.. nak pegi keje call mak, otw pegi keje jln jem call mak, kat tempat keje tgh strss call mak, balik keje jln jem pun call mak lagi.. rindunya tempat mengadu, kalau x call mak rase x lengkap hidup sehari, tp Allah syg kan mak.. mak pergi dulu..

shieralova : Al Fatihah. Mmg sedih kehilangan org tua kita. Rindu yg x trkata. Perginya abah sy tiada pengganti. Bila ada org tua serupa dgn abah. Tp terbatas utk kita. X blh peluk x blh cium. Hanya pengubat rindu sedikit. Btl lah ibu bapa tiada pengganti. Tp caption ustaz sy bca dri ats mula2 sedih. Smpi bwh trus ketawa. Main jiwa lah ustaz @pu_azman moga org tua kita tenang disana. Amiin

Pada yang tiada lagi ibu tercinta, rindu itu tidak tertanding dengan apapun…

Setiap insan mempunyai kenangan tertentu bersama ibu masing-masing. Sekiranya si ibu masih ada bersama anda, teruslah berbakti kepada mereka walau sesibuk manapun kita menjalani urusan dunia.

Ada pula dalam kalangan kita yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu sejak kecil, namun pertalian kasih sayang itu akan terus hidup dalam doa dan ingatan.

Ada pula yang cuma diberi kesempatan yang terbatas, kerana kehilangan wanita yang paling agung ini atas sebab-sebab tertentu. Bersabarlah, bertabahlah, bertenanglah. Sememangnya rindu kepada seorang ibu tiada tandingannya dalam dunia ini.

Allahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.

Ertinya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku (Ibu dan bapaku), sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil “.

Sumber dari Aliff Channel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*