Betol ke Putus Dengan Redza Rosli Kerana Oktovia Manrose. Ini Penjelasan Ayda Jebat.

Penyanyi Ayda Jebat tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengaitkan namanya dengan pelakon Redza Rosli yang didakwa kebanyakan pihak bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

Kata Ayda, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.

“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.

“Malah sebelum ini pun, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda kepada Gempak.

Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack ho Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur semalam.

Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.

“Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik,” jelas Ayda lagi.

Dalam pada itu, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose.

“Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya,” ujar Ayda.

Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.

“Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain,” katanya tenang.

Patutlah Cantik Rupanya Sepupu Uqasha Senrose. Ini Biodata Octavia Manrose, Anak Iwan Dangdut.

Memulakan langkah sebagai anak wayang sejak dua tahun lalu, pelakon baharu bernama Octavia Manrose ini semakin mencuri perhatian para peminat tempatan dan pengiat seni tanah air.

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, bakat wanita berusia 26 tahun ini tersendiri dan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Antara drama dan telemovie yang telah dibintangi figura cun melecun ini adalah Dendam Aurora, Encik Suami Mat Salih Celup, Tercipta Untukku dan Cinta Si Wedding Planner.

Untuk pengetahuan para pembaca, Octavia yang mesra disapa Via ini merupakan anak kedua Raja Dangdut Malaysia, Iwan bersama pelakon popular era 80-an, Allahyrhamah Rosnah Mohd Noor.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan aktres berbintang Scorpio ini.

Biodata Ringkas Octavia Manrose.
Nama Penuh: Wan Syamira Putri Octavia Wan Syahman | Nama Komersil: Octavia Manrose @ Octovia Manrose | Tarikh Lahir: 29 Oktober 1991 | Umur: 26 Tahun (2017) | Zodiak: Scorpio

Asal: Kuala Lumpur | Kerjaya: Pelakon | Status: Janda | Agama: Islam | Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Biar Aku Jadi Penunggu, Batasan Kasih, Tercinta Untukku, Tangisan Kubur, Hajah Heathrow Kembali, Cinta Si Wedding Planner, Umairah, Cinta Jannah, Dan Hati Pun Berkata, Balasan Dosa, Hantu Punya Boss dan banyak lagi.

Pernah mendirikan rumah tangga ketika berusia 20 tahun dan bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan berkenaan, Octavia dan bekas suami dikurnia seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 5 tahun.

Merupakan kakak kepada pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin iaitu Aprena Manrose.

Nama Manrose adalah gabungan nama ayah dan arwah ibunya.

Merupakan sepupu kepada Raysha Rizrose, Uqasha dan Nelydia Senrose.

Pernah mengeluarkan sebuah single berjudul Kau Pilih Dia pada 2015.

Mengidam watak romantik dan beremosi bagi menguji kemampuannya dalam bidang seni lakonan.

Sangat meminati lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Beto Kusyairy.

Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: astrogempak / kakikecoh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*