“Paling Cantik Dalam Banyak-Banyak Gambar,” – Cantiknya Lofa Di Tanah Suci! Tanpa Secalit Mekap Pun, MasyaAllah…

Hos dan usahawan, Neelofa yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah sejak beberapa hari lalu ada berkongsi sekeping fotonya di Instagram.

Berbeza dengan penampilannya sebelum ini, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto sama wajah polos tanpa secalit pun solekan.

Malah Lofa turut berkongsi beberapa momennya di tanah suci menerusi Insta Stories.

Lalu, entri yang kini telah pun mendapat tanda suka lebih 300,000 itu dihujani dengan pelbagai komen pujian daripada netizen termasuk rakan selebriti.

Ya, rata-ratanya memuji penampilan bintang kelahiran Kelantan Ini.

Sementara itu, Lofa turut menitip serta membaca doa yang turut dikirimkan ahli keluarga dan sahabat-handai. Semoga mendapat umrah yang mabrur, Neelofa.

Foto: Instagram Neelofa

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*