Alhamdulillah Adik Ainul Selamat Dibedah

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor selamat menjalani pembedahan.

Ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui status di Instagramnya melahirkan rasa syukur apabila urusan rawatan anaknya yang berusia sembilan bulan dipermudahkan.

Melalui status yang dimuat naik kira-kira 13 jam lalu, dia mengharap agar Ainul Mardhiah cepat sihat dan boleh pulang ke Malaysia

Alhamdulillah semua dipermudahkan, Ainul stabil, cepat sihat ya Ainul nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan.

“Pertolongan Allah sentiasa ada, teruskan pergantungan pada Allah Ainul, anak mama paling kuat,” luahnya di Instagram.

Nurul Erwani turut mengucap terima kasih kepada kumpulan doktor yang berusaha merawat Ainul Mardhiah.

Bapa saudara Ainul Mardhiah yang dikenali sebagai Khairul Izwan melalui ruangan komen di Facebook, turut melahirkan rasa syukur dengan keadaan anak saudaranya itu.

“Alhamdulillah Ainul sudah selamat buat pembedahan, kini Ainul di unit PICU untuk pantau keadaannnya, teruskan mendoakan Ainul,” katanya.

TERIMA KASIH SEMUA DOAKAN AINUL

BAPA bayi perempuan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menzahirkan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang banyak membantu serta mendoakan kesihatan puteri tunggalnya.

Bapa kepada Ainul Mardhiah berusia sembilan bulan itu berkata, sebelum berangkat ke London pada malam ini, pelbagai urusan penting perlu diuruskannya.

Menurutnya, ketika berurusan terutamanya di kaunter syarikat penerbangan yang terbabit, kebanyakan mereka mendoakan agar perjalanan mereka sekeluarga selamat serta Ainul kembali sihat.

“Terima kasih kerana mendoakan perjalanan kami, menyokong penuh usaha serta mendoakan kesejahteraan Ainul

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas usaha dan niat baik tuan, puan selain saya amat menghargainya,” luahnya di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, Ainul Mardhiah berada dalam keadaan baik untuk berlepas ke London malam ini.

Neneknya, Norlela Ikhyar, 44, berkata, kesihatan cucu sulungnya ketika ini baik dan diyakini tidak memberi kesan sepanjang menaiki kapal terbang.

Sumber : goisho.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*