[VIDEO] ” Baju Raya Sedondon Dengan Bibik, Duit Raya Pun Dapat” Eina Azman Dipuji Netizen Kerana Tak Sombong Dan Murah Hati

Selebriti cantik, Datin Paduka Eina Azman sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat menghargai pekerjanya.

Pembantu rumahnya sendiri dilayan bagaikan keluarga dan Eina tak pernah berkira dengan mereka.

Terbaru, sempena dengan hari raya Aidilfitri tahun ini, Eina Azman sekali lagi memberikan penghargaan  kepada pekerja-pekerjanya itu.

Dengan pakaian baju raya warna sedondon, pembantu rumahnya dilayan persis keluarga sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, eina Azman memuat naik foto-foto dan video dirinya bersama pembantu rumahnya.

“W my beautiful biks2 Mega n Marilou”

Dua orang pembantu rumahnya itu bukan sahaja memakai baju raya dengan warna sedondon dengan Eina, malah mereka juga diberikan duit raya.

Rata-rata peminat memuji Eina Azman kerana sangat bermurah hati dan tidak sombong walaupun bergelar Datin Paduka.

Semoga Datin Eina Azman dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga.

Sumber : yoynetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*