“Rembat Kain Telekung Adik Dia,” – Solat Jemaah Bersama, Tapi Gelagat Anak Ozlynn Watie Curi Perhatian Gara-Gara…

Sejuk hati melihat barisan anak-anak sedang solat jemaah bersama, namun mata turut terarah pada anak lelaki yang memakai kain telekung untuk solat!

Itulah yang berlaku terhadap anak-anak Ozlynn yang turut memberitahu, mereka sempat Subuh bersama.

Akan tetapi apa yang melucukan, gelagat anak ketiganya, Haziq yang menyarung kain telekung bercorak bunga adiknya buatkan ramai terhibur.

“Hari nih dia sempat jadi imam sya.. selalu subuh x sempat.. sb dia kerja melainkan sabtu ahad.. arini kita sempat culik waktu dia.. gambar blkg… haishhh..

“Abg haziq punya la malas nak pakai kain pelikat dia.. pastu dia rembat kain telekung adik dia..dahhhh sudah adik solat kain xde.. asal korg solat sudah la anak oiii.

“Semlm dorg puasa.. kak dorthy pun abes puasa alhamdulillah.. video blkg tu penerangan abg ariq ttg harfiah.. yg dia belajar kat pondok.. dia mintak tlg korg doakan dia berjaya jwp semua soalan exam biology dia arini.. moga berjaya dgn cemerlang anakku,”tulis Ozlynn panjang lebar.

Bagaimanapun, netizen turut memuji Ariq yang dilihat cukup bijak memberi penerangan mengenai harfiah.

sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*