“Jika Allah Izinkan…,” – Tahniah! Ika Nabella Umum Hamil Anak Pertama Sehari Menjelang Ramadan

Pelakon Ika Nabella awal petang semalam ada memaklumkan berita gembira buat para peminatnya apabila mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertama.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Mawar Berduri itu menerusi Instagram, tetapi tidak menyatakan pula usia kehamilannya.

Assalamualaikum Ramadhan. InsyaAllah jika Allah izinkan, suami benarkan, puasa penuh la Ika tahun ni.

“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Doakan yg paling baik pleaseee semoga doa2 tu berbalik pd kalian. Aminnn.. Now I can use this emoticon lol!,” tulisnya.

Lalu, ruangan kapsyen pada entri tersebut pastinya dilimpahi dengan pelbagai ucapan dedikasi dan tahniah dari peminat serta rakan seindustri.

Sementara itu, suaminya Muhammad Zaid turut berkongsi foto serta sama lebih-lebih selepas Ika pernah mengalami keguguran sekitar Ogos 2017.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.

Foto: Instagram Ika Nabella, Zaid Bowie

kredit: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*