“Seindah nama dan akhlak” – Puteri Sarah Dipuji Makan Semeja Dengan Orang Gaji

Selebriti kita sering menjadi tumpuan orang ramai. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti menjadi bualan mulut peminat, tidak kira lah sesuatu yang baik mahu pun sebaliknya. Sama seperti pelakon wanita ini, yang telah kongsikan gambarnya bersama anak dan pembantunya yang berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul, iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,33, ada memuat naik video pendek di Instastory melalui Instagram miliknya. Dia berkongsikan detik dia keluar berjalan-jalan bersama rakan pelakon Sabrina Ali ke salah sebuah pusat membeli belah di The Curve, Damansara. Mereka berdua membawa anak masing-masing bersama.

Sumber: Instagram
Namun apa yang mencuri perhatian peminat apabila Sarah memberikan layanan baik terhadap pembantu anaknya, Syaikhul Islam, 11 bulan, dengan turut memberi makan dan duduk semeja bersama-sama. Woww salute!

Walaupun Sarah seorang selebriti, namun dia langsung tidak meletakkan apa-apa jurang di antara dirinya dan orang lain. Tidak lama selepas perkongsian video itu, Sarah telah berkongsikan sekeping screenshot, di mana salah seorang peminatnya memuji tindakan Sarah yang turut mengambil berat soal pembantu anaknya itu.

“Sangat bangga dengan awak Sarah. Awak layan pembantu rumah seperti manusia. Ya, mereka adalah manusia juga. Sebab kadangkala saya pernah lihat, pembantu-pembantu ini duduk di suatu sudut dan memberi makanan pada anak-anak, tetapi mereka sendiri tak makan. Terima kasih kerana menjadi seorang yang baik hati. Sayang awak!”

Sumber: Instagram
Bukan itu sahaja, rata-rata pengikutnya turut memuji sikap prihatin Sarah ke atas pembantunya itu.

“Terbaik. Sama-sama kita jadi boss yang baik sebab maid kita dah jaga anak-anak dan family kita”

“Itulah hasil apabila ada ilmu dan ikhlas yang terpuji. Suka tengok keluarga Dato Haslam sekarang. Keluarga Sakinah. Semoga Allah merahmati keluarga dato anak beranak”

“Sarah memang baik. One of artis yang suka membantu terutama brand yang baru nak start macam saya ni. Thanks Sarah selalu tak berkira, tolong kita banyak kali”

Contoh artis macam ni lah yang kita nak.. Salute lah!

(TAHNIAH) Sumayyah, Anugerah Terindah Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana

Tahniah kami ucapkan kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka.

Puteri Sarah melahirkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram pada jam 3.30 petang Sabtu lalu. Pasangan ini sepakat untuk memberikan nama Sumayyah untuk anak kedua mereka itu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada mereka selain mendoakan kebahagiaan Syamsul sekeluarga. Semoga Sumayyah menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.

Sumber : lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*