10 Artis Malaysia Yang Meninggal Di Usia Muda – Sedekahkan Al-Fatihah Buat Mereka.

Artis-Artis Malaysia Yang Meninggal Pada Ketika Usia Masih MUDA. AL-FATIHAH Untuk Mereka Semua !! Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka…!

1.) Achik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

2.) Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demamDenggiberdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

3.)  Nizen Ayob (Pelakon Gerak Khas)

Nizen Ayob Meninggal Dunia Di Usia 33 Tahun

Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sebelum ini, pada September tahun lalu, Nizen mengakui dirinya telah disihir apabila menjumpai rangka gigi manusia dan paku karat di dalam kepalanya.

Mempunyai pertalian darah dengan Allahyarhamah Seniwati Datin Umi Kalthum dan Noorkumalasari, dia memberitahu keadaan kesihatannya mulai merosot sejak insiden itu termasuk memperlahankan kerjaya lakonan dalam drama bersiri popular yang telah dibintangi sejak enam tahun lalu

4.) Faizal Yusof

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

5. Yanie Mentor 

Yanie merupakan seorang penyanyi yang lahir daripada sebuah rancangan realiti tv mentor musim pertama.
Pernah popular dengan single Drama nyanyian trio bersama ning baizura dan Nikki.

Penyanyi ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2010 akibat ketumbuhan pada paru-paru. Pada waktu itu arwah yanie baru sahaja berusia 25 tahun.

6.) Pak Yus (Jambu)

Pelawak Yussry Edoo, 39, atau lebih dikenali dengan nama Pak Yus Jambu telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

7.) Izwan Pilus

Izwan Pilus merupakan seorang penyanyi yang popular dengan lagu kembali senyum. Penyanyi ini menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2012.
Izwan Pilus menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usianya 32 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

8.) Azwan (Hantu Kak Limah)

DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi.

9.) Along Spoon

Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie yang mati dibunuh dengan kejam suatu masa dahulu sehingga menggemparkan seluruh negara.

Mayat Along telah dibunuh pada Disember 1999 ketika berusia 19 Tahun. Mayat Along ditemui dalam keadaan berikat di dalam guni yang dicampakkan ke dalam gaung yang terletak di sebuah kawasan sunyi di Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

10.) Nabil (Pelakon Iklan Kitkat)

Pernah tengok tak iklan Kit Kat versi yang ada Datuk M.Nasir lepas makan coklat tersebut dia terbang.Dalam iklan tersebut, pelakon muda yang melakonkan watak macam pekerja di kaunter pembayaran…dialah pelakon yang dimaksudkan, nama beliau Nabil Abdul.

Arwah Nabil Abdul mengidap penyakit Kanser darah yang dipanggil ‘limfoma’ merupakan salah satu cancer darah dan kelenjar malfunction.Arwah juga merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yang popular dalam siri Impian Ilyana.
Sesungguhnya mati itu pasti tak kira tua atau muda.
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.

Sumber: kamiviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*