[VIDEO] Penyamun Batalkan Niat Merompak Selepas Bergelut Dengan Pekerja Lelaki Yang Berani!

Satu cubaan rompakan di sebuah stesen minyak di Gadong, Nilai, Negeri Sembilan gagal apabila seorang pekerja lelaki bertindak berani dengan menghalang tindakan perompak itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam Selasa itu terdapat lima orang pekerja yang berada di premis berkenaan. Dua pekerja wanita dan seorang pekerja lelaki berada di kaunter, manakala seorang lagi berada di pejabat.

Menerusi sebuah laporan, perompak yang memakai penutup mulut masuk ke dalam premis dan mengacukan parang ke arah tiga pekerja yang berada di kaunter bayaran serta mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai.

Bagaimanapun berlaku satu pergelutan antara salah seorang pekerja itu dengan perompak terbabit. Kedua-dua pekerja perempuan itu pula melarikan diri keluar dari premis.

Kemudian pengurus yang berada dalam pejabat menyedari kekecohan itu keluar untuk membantu dan menyebabkan perompak itu melarikan diri.

Melalui rakaman CCTV premis berkenaan jelas menunjukkan insiden cemas itu menjadi tular di laman sosial sejak semalam.

Pekerja melawan, penyamun cabut lariSEORANG lelaki gagal menyamun sebuah stesen minyak di Gadong, Nilai, semalam, dihalang pekerja di premis berkenaan.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketika kejadian 7.30 malam itu, terdapat lima pekerja berada di premis.Menurutnya, suspek yang memakai penutup mulut masuk ke dalam premis dan mengacukan parang ke arah tiga pekerja yang berada di kaunter bayaran serta mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai.“Bagaimanapun, berlaku pergelutan antara suspek dan seorang pekerja lelaki manakala dua pekerja wanita yang ketakutan melarikan diri keluar premis.“Pengurus yang berada dalam pejabat menyedari kejadian keluar untuk membantu menyebabkan suspek melarikan diri.“Suspek dilihat menaiki kereta Proton Saga kelabu memecut laju menuju ke arah Sepang,” katanya dalam kenyataan, malam ini.Mohd Nor Marzukee berkata, polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan semakan dilakukan mendapati kereta dipandu suspek menggunakan nombor plat palsu.Beliau berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.Rakaman CCTV berdurasi satu minit yang memaparkan tindakan suspek cuba melakukan samun dan bergelut dengan pekerja premis itu menjadi tular di laman sosial hari ini.Raja Noraina Raja Rahimrnoraina@hmetro.com.my

Dikirim oleh Adinda Qilla pada Selasa, 12 Maret 2019

Apa-apa pun memang berani tindakan pekerja itu melawan perompak yang bersenjatakan parang terbabit. Tapi dinasihatkan jika korang berada dalam situasi ini, elakkan dari melawan. Nyawa lebih berharga dari wang yang ingin dilindungi itu.

Sumber: Harian Metro / Facebook via himpunanceritalawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*