[VIDEO] “Amboi! Feeling Betul…,”- Gara-Gara Makan Aiskirim, Elfira Loy Dihujani Komen Berbaur Lucah

Pelakon Elfira Loy ada berkongsi sepotong video yang memaparkan dia sedang menikmati sebatang aiskrim.

Difahamkan, video tersebut dilakukan Elfira bagi mempromosikan perisa aiskrim  kegemarannya itu.

Bagaimanapun, ada netizen yang beranggapan bahawa gaya pelakon filem rentap itu dianggap ‘over’ ketika sedang menikmati hidangan sejuk terbabit.

“Best gila busy dengan kerja , you can take a moment and enjoy your favorite #NestleIceCream. As you all know , my favorite is lycheeeeee. Memang susah nak dapat sekarang sebab cepat habis..

“Korang yang belum try boleh cari kedai-kedai yang berdekatan. You can get not just lychee but grape flavours too,” tulisnya.

Dikirim oleh Mia Kacang pada Selasa, 12 Maret 2019

Menerusi ruangan komen pula, netizen telah memberikan komen berbaur lucah apabila melihat gaya dan cara Elfira menikmati aiskrim berperisa laici itu.

Aduhai, ada sahaja netizen yang berfikiran sebegitu. Walhal, bintang yang baru tiga bulan bergelar isteri itu hanya menikmati aiskrim kegemarannya itu dengan penuh persaan sahaja.

Memiliki pengikut laman Instagram sebanyak 4.4 juta, telah menjadikan Elfira Loy sebagai salah seorang  selebriti yang dipilih untuk mempromosikan keluaran aiskrim terbaru Nestle, iaitu Toothless.

Semalam pelakon ini telah memuat naik satu video sedang menikmati aiskrim tersebut, sebagai salah satu promosi. Aksi bersahaja Elfira Loy dalam rakaman tersebut telah menarik perhatian netizen yang terliur melihat kelazatan airkrim Toothless.

Namun muat naik video tersebut telah menerima kritikan daripada netizen apabila ada yang menganggap aksi Elfira seperti tidak sopan, dan membawa maksud lain kepada penonton.

Selepas memuat naik video tersebut, posting Elfira Loy telah mengundang komen daripada peminat. Ada yang meninggalkan komen tidak senonoh, mahupun meminta netizen tidak berfikiran kotor.

Walau bagaimanapun, ada yang memuji kecantikan isteri Khairol Faris Anuar itu, yang dilihat semakin cantik, dengan tidak mengenakan solekan tebal pada wajah.

Biodata
Nama penuh: Nurul Elfira Loy bt Ahmad Sabri

Nama popular: Elfira Loy

Tarikh lahir: 8 Mac 1994

Umur: 25 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan pengacara

Media sosial: Instagram @elfiraloy

Fakta Menarik
1. Juga dikenali sebagai Elfira atau El.

2. Anak kedua kepada pasangan Ahmad Sabri dan Filzah Binti Yusoff. Tiga adik-beradiknya yang lain ialah Ahmad Ezzraa Loy (abang sulung), Nurul Ezzlisa Loy (anak ketiga) dan Ahmad Ezzrin Loy (anak keempat). Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy juga pelakon yang popular menerusi siri Oh My English.

3. Elfira merupakan pelajar pintar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

4. Selepas persekolahan, beliau yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), melanjutkan pengajian di KDU College Sdn Bhd , Subang Jaya sambil bekerja di sebuah kafe.
5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

6. Antara drama, telefilem dan siri yang menaikkan namanya seperti Cinta Itu Buta, Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Selaginya Ada Cinta, Chinta dan Disney Waktu Rehat.

7. Lain-lain drama lakonannya seperti Tentang Bulan The Series, Senja Permai, Kum Kum The Series, Samson & Delaila, Jangan Ambil Padang Kami, Dalam Hati Ada Taman, Demi Dia, Arka Raja Haji, Separuh Jiwaku dan Kerna Syurga Bukan Percuma.

8. Beberapa telefilem dibintanginya seperti Cinta Itu Buta, Sabrina Vs Sazaly, Kum Kum, Ekspress Dania, Untuk Terakhir Kali, Aku Bukan Malaikat , Biasan, Di Sebalik Kasyafmu, Ketika Cinta Merintih, Menantuku Rock dan Cinta Tanpa Syarat.

9. Pembabitannya di layar perak pula antaranya menerusi filem Damping Malam, Second Change dan Rentap.

14. Elfira kemudiannya bertunang buat kali kedua dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 2 September 2018 sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.

Foto

Video : Instagram Elfira Loy via Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*