Tak Malu Mula Semula Baca Iqra, Mawar Rashid Tekad Baiki Bacaan Quran Sewaktu Sarat Hamil

Menuntut ilmu itu memang tiada tarikh luputnya. Tidak pernah terlambat untuk kita mencarinya kerana pastinya pengetahuan kita akan bertambah dan berganda selepas itu.

Pelakon popular yang sedang sarat hamil iaitu Mawar Rashid juga tidak ketinggalan untuk mendalami ilmu agama bagi mempertingkatkan mutu bacaannya untuk ayat Al-Quran.

Doa sama-sama untuk bayi dalam kandungan…

Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar.

Mawar niat berkongsi perkara baik dengan masyarakat di luar sana.

Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah💗And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat💕

Ternyata ramai yang terinspirasi dengan perkongsian Mawar dan berharap mereka juga dapat melakukan perkara yang sama selepas ini.

Alhamdulillah. Berseri sungguh wajah bakal ibu ini. Moga Mawar dipermudahkan urusannya untuk melahirkan anak tersayang nanti dan terus dipermudahkan jalannya bagi mencari ilmu Allah. InsyaAllah, amin.

Sumber : hijabista

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*