Kembar ‘Angelina Jolie’ patah leher , ‘dunia’ diuji lagi 

WANITA yang melakukan puluhan pembedahan plastik gara-gara mahu kelihatan persis aktres Angelina Jolie, Sahar Tabar berkongsi gambar ‘pelik’ di Instragam miliknya.

Dalam gambar terbaharunya itu, Sahar mendakwa dirinya mengalami keretakan di leher.

Menerusi gambar yang dipercayai disunting, Sahar dilihat sedang terbaring dalam keadaan berselimut tebal dan air drip dipasang di tepi katilnya.

Gadis berusia 20 tahun itu yang pernah tular pada tahun lalu seolah-olah cuba menarik perhatian netizen dengan kapsyen ‘patah leher’ pada gambar terbaharunya itu.

Sahar mendakwa patah leher dalam kapsyen gambar terbaharunya.

Dia juga mahu melihat berapa ramai pengikut yang mendoakan agar dia cepat pulih.

Sahar turut berkongsi sekeping gambar aneh yang memperlihatkan dirinya sedang membuat aksi memeluk tiang dalam keadaan mengerikan.

Dalam gambar itu, dia kelihatan terlalu kurus ibarat tinggal tulang yang dipercayai turut disunting.

Nampaknya , munhkin tindakan Sahar hanyalah untuk menguji followersnya di seluruh dunia samada untuk memberi reaksi kasihan dan memberi doa atau sebaliknya.

Gadis berasal dari Iran itu dikecam ramai sehingga dia digelar sebagai ‘The Corpse Bride’ berdasarkan sebuah filem animasi Tim Burton.

Gambar sebelum dan selepas Sahar menjalani pembedahan pada wajahnya.

Malah ada yang menyifatkan wajah Sahar tak tumpah seperti seorang zombie.

Ini kerana tubuh badannya yang kurus kering itu membuatkan dia kelihatan seperti tak cukup zat.

Terdahulu Jastrzab Post turut melaporkan bahawa Sahar telah menjalani beberapa diet khas bagi mengekalkan berat badannya seperti sekarang iaitu 40 kilogram. – Mirror.co.uk

Sebelum ini dunia ‘dikejutkan’ bila Wanita Cuba Menjadi ‘Kembar’ Angelina Jolie Dengan Menjalani Pembedahan, Tetapi Menjadi Zombi

Sensasi Instagram warga Iran, Sahar Tabar, mendakwa pada pihak media bahawa beliau telah menjalani 50 kali pembedahan dalam cubaan untuk memiliki wajah persis bak Angelina Jolie. Namun, pembedahan itu menjadikan wajahnya tidak ubah seperti zombi.

Justeru itu, Sahar Tabar digelar sebagai “Pengantin Tengkorak” dan zombi oleh orang ramai, namun beliau membidas segala kritikan yang diterima menerusi kenyataannya pada 28 November.

“Anda dan keluarga anda akan mendapat balasan”, kata Sahar Tabar pada laman Instagram sahartabar_official. “Terimalah balasan tidak lama lagi kerana bertindak menghakimi dan memburukkan seseorang”, tulisnya. Media sosial asing juga turut dikecam kerana membuat liputan secara berat sebelah.

“Laman sesawang asing sangat berat sebelah menerusi komen yang ditinggalkan pada gambar saya”, kata Tabar. Tidak dapat dipastikan pula hasil wajahnya itu terhasil menerusi pembedahan, tatatias, ataupun sentuhan penyuntingan menggunakan Photoshop.

“Saya rasa orang-orang berkenaan masih hidup dalam kurun ke-18. Mungkin mereka tidak pernah tahu akan teknologi dan mekap”, tambah Tabar. Beliau kemudiannya menafikan bahawa beliau menjalani 50 kali pembedahan dan menjelaskan bahawa beliau hanya menjalani sekali sahaja pembedahan.

Bila Diubah menjadi seperti ini

Gambar ini dimuat naik oleh beliau menunjukkan swafotonya sebelum pembedahan

Inilah Sahar

Remaja berasal dari Tehran ini memulakan pembedahan hidungnya

Ini pula gambarnya setelah selesai pembedahan

Tabar telah berkongsi banyak swafoto di media sosial, di mana ia mencetuskan kontroversi dan perdebatan di kalangan pengikutnya.

“Anda sangat cantik!” komen seorang pengguna.

“Anda cantik! Sila kekalkan penampilan anda begini”, kata seorang lagi pengikutnya.

“Anda merupakan gadis yang menawan….dan kini anda kelihatan teruk”, kata seorang lagi pengguna.

Kebanyakan pengikut Sahar memintanya untuk mengurangkan modifikasi pada dirinya kerana penampilannya kini sangat ekstrim dan tidak ubah seperti zombi. Tetapi Sahar tidak mengendahkannya.

Ramai pengikutnya lebih suka akan penampilannya terdahulu.

“Beliau sangat cantik sebelum ini”, kata pengguna.

Habis Satu Dunia Kena Tipu

Sahar Tabar, 19 tahun, berasal dari Tehran, Iran, mengatakan dia tidak membuat 50 pembedahan plastik seperti yang diperkatakan, tetapi hanya menggunakan teknik Photoshop.

“Gambar yang dimuat naik di Instagram milik saya sebenarnya telah disunting menggunakan kaedah ‘photoshop’,” jelasnya.

Baginya, menghasilkan gambar seperti itu memberi kepuasan dan ia menjadi salah satu hiburan untuk dirinya.

Hiburan ‘pelik’ itu ternyata menarik perhatian seluruh dunia apabila gambar dia tular di kebanyakan negara kerana dia mengubah wajahnya menyerupai Angelina Jolie tapi versi jelik.

Berikutan itu, jumlah pengikut di akaun laman sosial Instagram miliknya bertambah hingga mencecah ratusan ribu pengikut setakat ini.

Walaupun dia mengatakan gambar diubah menggunakan teknik Photoshop, tetapi ia kelihatan seperti rupa Tabar yang sebenar selepas menjalani pembedahan. Real sungguh!

Apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen.Jangan lupa like komen dan share ya.

Kredit : edisimedia.

Sumber : detikberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*