[VIDEO] “Tu Kalau Dia Toleh..”- Instafamous ‘Popular’ Terakam ‘Sesuatu Yang Seram’ Jadi Tumpuan Bila Nampak..

Instafamous dikenali sebagai Nurhayati Tahir menerusi Instagram berkongsi video seram apabila wanita cantik ini terakam sesuatu yang menakutkan pengikutnya di Instagram.

Nampak macam muka je badan takde..

Mana taknya, ada sesuatu yang tidak kena dengan rakaman difahamkan ketika adik kepada Instafamous ini sedang merakam namun lain pula jadinya.

Kata Nurhayati, dia ternampak sesuatu yang membuatkan netizen turut seram apabila dipandang pada cermin tengah kereta miliknya.

Tu kalau dia toleh kat camera..

Di ruangan komen, timbul pelbagai spekulasi mengenai rakaman video tersebut apabila ada juga yang meminta agar Nurhayati melakukan sesuatu terhadap kereta dinaikinya itu.

Clear muka, mata, hidung…

Muka cam perempuan.. lebih baik cuci dalam kereta tu..

Terdahulu, nama Instafamous ini mula menjadi sebutan apabila videonya menuntut hutang menggunakan loghat unik viral di media sosial.

Sumber: Nurhayati Tahir  Via himpunanceritalawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*