“Jarang Sangat Wanita Melayu Berwajah Begini..”- Dipuji Wajah Unik, Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja!

Semalam merupakan episod terakhir bagi program yang dinantikan ramai. Siapa sangka, juara Dewi Remaja 2018/2019 telah menjadi milik Haneesya Hanee setelah pelbagai cabaran yang dihadapi.

Meskipun, namanya pernah menjadi perbualan hangat namun Haneesya berusia 18 tahun ini telah dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000 dan trofi.

Bagaimanapun menerusi laman Instagram Remaja, foto-foto pada malam kemenangan dikongsi kepada netizen dan Haneesya menerima komen positif.

Mana taknya, Haneesya dikatakan seorang yang memiliki wajah yang begitu unik dan jarang dimiliki oleh wanita Melayu.

Malah kemenangan Haneesya juga dikatakan sangat layak untuk dimiliki kerana dia adalah seorang yang menepati pilihan juri.

Congratulations..

Wajah dia unik..

Bagi tempat kedua Dewi Remaja pula telah dimenangi oleh Tia Sarah manakala Sherin diumumkan tempat ketiga.

“Hitam? Cakap La Korang Nak Cakap, Ada Aku Kesah” – Haneesya Hanee Luah Rasa Kesal Di IG

Pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek, Haneesya Hanee, meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mengkritik dirinya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hanee mengakui dia tidak kisah dirinya di kritik dan akan terus berusaha menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

“Hitam? Muka macam Ba**? Cakap la korang nak Cakap! Ada aku kesah??,” tulisnya.

 

Rata-rata berharap agar Hanee tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh netizen dan terus berjuang dalam mengejar impiannya sebagai seorang pelakon.

Komen Netizen

“@eyfa_que_serra: Yes you hitam sangat hitam tapi hitam yang cantik dan yang putih pun tak ada secantik you tau.”

“@itslittleara__: Hanee keep strong, I nak kulit macam you babe, ur body your face shape all are prfect, type-type muka model interntional bukan senang nak dapat tau, muka naked you tu suit sangat jadi model-model skincare ke lipstick ke. Peduli orang nak cakap apa pun.”

“@heartyluverz: Seriously I add you sebab I rasa you cantik sangat even u tidak putih. You cantik lebh dari orang yang berkulit putih.”

They just jealous tu..

Cantikla..Susah nak dapat kulit macam u..

Sebelum ini pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek,  Haneesya Hanee, mengakui tidak kisah sering menerima kritikan daripada orang ramai mengenai mutu lakonannya.

Menurut Hanee, dia menganggap kritikan yang diberikan itu sebagai satu semangat untuk dirinya memperbaiki kelemahan pada masa depan.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik dan ramai juga yang menyokong saya dalam bidang lakonan.

“Bila orang nampak saya berkulit gelap mereka kagum kerana orang kulit gelap pun boleh ada dalam televisyen sekarang.

“Perkara itu banyak memberi semangat kepada orang ramai dan mereka juga banyak memberi komen yang positif juga untuk saya perbaiki kelemahan pada masa depan.

“Terima kasih kerana ramai yang menyokong saya walaupun saya merupakan seorang pelakon baru dan saya harus perbaiki banyak benda lagi selepas ini.

“Saya anggap komen dan kritikan yang diberikan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya kepada HLive.

Jom lihat gambar Hanee

Selain Haneesya Hanee, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem

Terima Kasih!

Sumber: Haneesya Hanee via HCL/ Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*