Ini Rupanya Cara Haneesya Hadapi Komen Negatif

Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee telah membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah trofi malam tadi mengakui dia ada cara tersendiri untuk terus positif bila bercakap mengenai fizikal.

Memiliki figura tinggi lampai dan berkulit hitam manis, Haneesya pada masa sama memang aktif dalam memberi kesedaran kepada netizen yang seakan pesimis dengan individu yang dikatakan tidak cantik apabila berkulit gelap.

Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu tetap tenang berhadapan situasi sedemikian, bahkan mempunyai cara sendiri untuk terus yakin dan positif.

“Bangun pagi saya akan dengar muzik dan lagu-lagu seperti Rihanna dan tatap gambar-gambar penyanyi antarabangsa itu,”kata Hanee kepada MH.

Menjadikan Rihanna sebagai idola, Hanee juga menganggap penyanyi lagu Umberella itu seorang yang berkeyakinan tinggi.

“Kalau dia  boleh buat dengan tona warna yang sama macam saya (hitam manis),kenapa tidak bukan?

“Malah, Rihanna juga seorang yang berkeyakinan dengan diri dia sendiri. Apapun, saya memang sering bercakap mengenai isu ini memandangkan masih ada yang seakan menidakkan mereka berkulit gelap juga mampu berdiri setara dengan mereka yang berkulit cerah.

“Apapun saya percaya masing-masing ada kelebihan yang boleh diketengahkan,” tambah Hanee lagi.

Sementara itu, gadis yang fasih berbahasa Mandarin, Tia Sara pula dijulang sebagai tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Sherin, semalam.

Tempat keempat disandang Anna Jobling sementara tempat kelima pula milik Rania.

Selain itu, program final yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD itu menampilkan Scha Alyahya sebagai hos, Datuk Aznil dan Neelofa sebagai juri jemputan.

Sementara Datuk Hans Isaac pula sebagai bertindak sebagai juri tetap.

“Jarang Sangat Wanita Melayu Berwajah Begini..”- Dipuji Wajah Unik, Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja!

Semalam merupakan episod terakhir bagi program yang dinantikan ramai. Siapa sangka, juara Dewi Remaja 2018/2019 telah menjadi milik Haneesya Hanee setelah pelbagai cabaran yang dihadapi.

Meskipun, namanya pernah menjadi perbualan hangat namun Haneesya berusia 18 tahun ini telah dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000 dan trofi.

Bagaimanapun menerusi laman Instagram Remaja, foto-foto pada malam kemenangan dikongsi kepada netizen dan Haneesya menerima komen positif.

Mana taknya, Haneesya dikatakan seorang yang memiliki wajah yang begitu unik dan jarang dimiliki oleh wanita Melayu.

Malah kemenangan Haneesya juga dikatakan sangat layak untuk dimiliki kerana dia adalah seorang yang menepati pilihan juri.

Congratulations..

Wajah dia unik..

Bagi tempat kedua Dewi Remaja pula telah dimenangi oleh Tia Sarah manakala Sherin diumumkan tempat ketiga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem

Terima Kasih!

Sumber: Haneesya Hanee via HCL/ Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*