[FOTO & VIDE0] Ini Dia Senarai Penuh Pemenang Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke 5. Noryn Aziz Juara, Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000 Berserta Trofi

Buat pertama kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan antara 12 peserta yang bakal bersaing menerusi musim kelima itu.

Mereka ialah kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

Musim terbaharu ini juga memperlihatkan dominasi peserta wanita termasuk penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee dan Noryn Aziz.

Turut bertanding, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla.

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan Shafie (Rio) mewakili peserta solo lelaki.

Pada malam akhir Gegar Vaganza 5 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Noryn Aziz berjaya menewaskan seramai lima peserta lain, diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 5 (GV 5).

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Noryn merangkul wang tunai sebanyak RM100, 000, pakej penginapan tajaan Royal Chulan berserta trofi tajaan Astro.

Noryn Aziz membawakan lagu  Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu Where Is The Love bersama  Dia Fadila di segmen battle.

Naib juara,  Dua Fadila berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro,  pakej penginapan tajaan Royal Chulan berserta trofi.

Dia Fadila membawakan lagu Makin Aku Cinta  di segmen duet Ajai bersama serta menyanyikan lagu Where Is The Love bersama Noryn Aziz di segmen battle.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Zamani  berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej penginapan tajaan Royal Chulan tajaan Astro berserta trofi.

Penyanyi lagu  itu  turut membawa pulang hadiah Bintang Cuckoo.

Zamani membawakan lagu  Lagu Cinta Lagu Jiwa di segmen duet bersama Ameng serta menyanyikan lagu  Bunga bersama  Billy Zulkarnain di segmen battle.

Tempat keempat yang diraih oleh Amelina berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro,  pakej penginapan tajaan Royal Chulan berserta trofi.

Amelina membawakan lagu  The Power of Love di segmen duet bersama Bob AF2 serta menyanyikan lagu  Teman Pengganti bersama Maya  di segmen battle.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Maya berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro,  pakej penginapan tajaan Royal Chulan berserta trofi.

Maya membawakan lagu  Nisan Cinta di segmen duet bersama Ernie Zakri serta menyanyikan lagu Teman Pengganti bersama Amelina  di segmen battle.

Billy Zulkarnain  pula berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, pakej penginapan tajaan Royal Chulan berserta trofi.

Billy Zulkarnain membawakan lagu  Curiga di segmen duet bersama Idayu serta menyanyikan lagu Bunga bersama  Zamani di segmen battle.

Untuk wajah Cuckoo Friends 2019 pula dimenangi oleh Hetty Sarlene yang mana undian dibuat menerusi laman web Cuckoo, top 5 yang terpilih telah diadili dalam Konsert bersama bintang Cuckoo semalam.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh, diiringi oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV5, Datuk Seri Aliff Syukri.

Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim berada di kerusi juri tetap manakala Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

Jom lihat klip video persembahan pada malam akhir GV5.

Maya ft Ernie Zakri – Nisan Cinta

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Billy Zulkarnain ft Idayu – Curiga

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Amelina ft Bob AF2 – The power of love

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Noryn Aziz ft Awi Rafael – Laskar Cinta

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Dia Fadila ft Ajai – Makin Aku Cinta

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Zamani ft Ameng – Lagu Cinta Lagu Jiwa

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Maya Battle Amelina – Teman Pengganti

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Noryn Battle Dia Fadila – Where Is The Love

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Zamani Battle Billy Zulkarnain – Bunga

Posted by Mia Kacang on Sunday, 18 November 2018

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV5 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3)dan Aishah (GV4).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem 

Terima Kasih!

Sumber: IG Astro Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *