4 Skandal Cinta Selebriti Tempatan Paling Heboh Di media Sosial

Tuduhan mempunyai hubungan sulit atau skandal sering menjadi perhatrian dikalangan artis tempatan dan hangat menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini, dari yang heboh kerana dikatakan orang ketiga, hingga retaknya mahligai rumah tangga kerana ada hubungan tanpa pengetahuan suami atau isteri.

Tak hairan, skandal-skandal asmara yang menimpa ramai artis selalu buatkkan netizen tertarik dan heboh. Seperti kejadian yang menimpa Rita Rudaini , dengan berani isterinya isterinya Baizura Mohd Sabri, 34, telah memuat naik bukti perbualan suaminya dan Rita Rudaini di laman sosial Instagram miliknya (@baizura5).Bagaimanapun bukti itu telah dipadamkan.

Sepanjang 2017, terdapat skandal selebriti Tanah Air paling heboh. Siapa saja? Berikut hangat.com himpunkan dari berbagai sumber.

 

Aqasha & Rita Rudaini

Baizura telah memuat naik sekeping foto bersama kapsyen meluahkan isi hatinya yang sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama pelakon itu. [Hangat.com] Selepas dilanda kontroversi itu Aqasha akhirnya membuka mulut mengesahkan hubungan dia dengan isteri berada dalam keadaan baik.

Aqasha, 35, berkata, rumah tangganya tidak terkesan dengan kontroversi dan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan aktres Rita Rudaini.

Afifah Nasir dan Aliff Aziz

Penyanyi Aliff Aziz dikatakan telah mencederakan isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras dekat sini pada Khamis.

Bella bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama pelakon baru Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan. [Hangat.com] Afifah telah mengakui telah memohon maaf kepada isteri Aliff, Bella.

Ajak Shiro

Ajak dituduh ada skandal dengan wanita yang seringkali menerima gambar tak senonoh daripada peminat wanitanya bertujuan menggoda dirinya. [Hangat.com] Gambar-gambar tidak senonoh berkenaan  disedari oleh isterinya yang menjaga akaun Instagramnya itu.

Ajak anggap itu perkara normal yang dilalui oleh mana-mana artis tak kira lelaki atau wanita dan bernasib baik isteri tak melenting.

Faizal AF4

Penyanyi dan juga juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal memaklumkan yang dirinya kini kembali bergelar duda selepas perkahwinan kali ketiganya berakhir dengan penceraian.

Menerusi laman sosial milik Sahidatul atau mesra disapa Sha, 21, berkata dia berkongsi sebuah artikel dari portal hiburan dan kata-kata di media sosial seolah-olah sikap juara Akademi Fantasi musim ke-4 jadi punca perpisahan mereka.[Hangat.com] Menurut dari bait-bait katanya memberi bayangan bahawa Faizal ada hubungan dengan wanita semasa mereka masih suami isteri.

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *