[VIDEO] Pernah Cetus Kontroversi, Idea Lamaran 5 Artis Malaysia Ini Tetap ‘Win’!

Dalam sebuah hubungan, pernikahan merupakan keinginan terbesar bagi semua pasangan selepas sekian lama bercinta. Lamaran merupakan salah satu tahap awal yang dilakukan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Biasanya lamaran dilakukan oleh lelaki untuk meminta kekasih untuk menjadi suri dalam hatinya.

1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Pilihan pertama dari HangatMalaysia adalah kes lamaran Hairul Azreenterhadap Hanis Zalikha di konsert akhir Gegar Vaganza yang menjadi topik hangat di media sosial. Sekaligus aksi lamaran tersebut telah ‘trending worldwide’ di Twitter.

Posted by Mia Kacang on Thursday, 8 November 2018

Hairul Azreen melamar di kala siaran langsung dan Hanis menerima lamaran itu. Kini mereka berdua sedang meniti kebahagiaan bersama sebagai suami isteri dan diserikan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar.

2. Nabil Ahmad & Zira Ayub

Posted by Mia Kacang on Thursday, 8 November 2018

 

Antara paling romantis piliahn HangatMalaysia! Pelakon dan pengacara popular ini telah menghasilkan sebuah video dia melamar wanita pilihannya. Video itu memaparkan bagaimana Nabil melamar hati Zira untuk jadikan sebagai isteri yang sah. Romantik kan!

3. Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim

Posted by Mia Kacang on Thursday, 8 November 2018

Fizo Omar melamar pasangannya Mawar Abdul Karim,  di sebuah panggung wayang di Damansara. Kejutan lamaran itu diturut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri. HangatMalaysia difahamkan idea lamaran ini adalah hanya dalam tempoh 3 hari nampaknya membuahkan hasil dan mencipta kenangan terindah buat mereka berdua.

4. Raf Yaakob & Mawar Rashid

Baru sahaja melangsungkan pernikahan, sebelum itu Raf Yaakob telah melamar kekasihnya itu dengan taburan bunga ros merah dan putih!

Lamaran tersebut turut bersaksikan taburan kelopak bunga yang disusun menjadi satu ayat berbunyi, “Will U Marry Me?” dan semestinya boleh mencairkan hati mana-mana sahaja wanita!

5. Betty Rahmat & Ardy Amis

Adik kepada pelakon terkenal Umie Aida dan Erma Fatima, Betty Rahmad telah dilamar oleh kekasih hatinya, Ardy Amis di negara yang cukup terkenal dengan keindahan dan suasana romantik, Bali, Indonesia.

Sumber : hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *