“Pandang Sebab Pakai Mercedes, Cuba Kalau Naik Saga”

Sebelum ini, pelakon cantik Ruhainies mengakui sedang bercinta dengan seorang jejaka dikenali, Mr E yang juga ahli perniagaan yang kini menetap di London.

Baru-baru ini menerusi Instagram, Ruhainies berkongsikan gambar percutiannya di luar negara. Namun, salah satu foto yang dimuat naik oleh pelakon itu menjadi perhatian ramai, tidak kurang juga ada yang mengecam.

Gambar tersebut menunjukkan Ruhainies berada di dalam sebuah kereta beserta kepsyen romantik ditujukan kepada kekasihnya, “Saya tak boleh berhenti memandang.”

Di ruangan komen gambar dihujani dengan komen-komen negatif dari netizen. Ada segelintir netizen memerli Ruhainies dengan mengatakan memang tidak boleh berhenti memandang kerana lelaki itu memandu kereta mewah Mercedes, cuba kalau jika lelaki itu memandu kereta Saga atau Viva.

Tidak kurang juga ada yang menyuruh pelakon itu agar mencari harta sendiri dan tidak berharap pada lelaki sahaja. Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya mendoakan kebahagiaan Ruhainies dan semoga hubungannya dengan kekasih berkekalan sampai ke jinjang pelamin

Posted by Mia Kacang on Thursday, 11 October 2018

Sumber : Roti Kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *