“Ingat Mama Kena Sampuk Ke?” – Gelagat Baem Azankan Datin Shahida Yang Pura2 Nangis Bikin Netizen Terhibur

Sebut sahaja nama Datin Shahida, pasti ramai yang mengetahui perwatakkannya yang sering menjadi pujian. Walaupun berdepan pelbagai kritikan, beliau tetap sahaja berkongsi telatah dirinya bersama anak-anak.

Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri telah dikurniakan 4 orang anak dan mengambil dua anak angkat yang dikenali sebagai Qayyum & Ameena. Tidak membezakan kasih sayang antara mereka, sekali lagi telatah Datin Shahida dan anak-anak mencuri perhatian ramai.

Mama berlakon je, yang ko azan kenapa baem..ingat  mana kena sampuk ke? Siap bersurah2 bagai..taulah admire Ustaz Adam #munafik2

Ingat mama kena sampuk ke?

Posted by Mia Kacang on Thursday, 11 October 2018

Menerusi Instagram, video terbaru dimuat naik Datin Shahida tentang anak-anak yang menjadi penghibur buatnya telah menerima pelbagai komen netizen apabila beliau mengusik mereka dengan pura-pura menangis yang membuatkan mereka kelam kabut terutama Baem.

Dalam video tersebut, Datin Shahida mengadu kepada Yusoff yang Baem dan Ammar Ahyan tidak sayangkannya. Selepas melihat Datin Shahida menangis, Ammar dan Baem terus memeluk Datin Shahida.

Yang lucunya, Baem siap azan di telinga Datin Shahida.Gelagat comel Baem itu mendapat perhatian dan membuatkan ramai netizen terhibur.

Kesiannya Yusoff  tersepit tengah2..

Ambik kau..Azan terus Baem bagi

Sejuk perut tengok anak2 dekat dengan ajaran agama

Sumber: Instagram Datin Shahida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *