PERKARA PALING GILA PERNAH TUN M LAKUKAN? “MENGAHWINI SAYA” – TUN SITI

Jika wujud gelaran pasangan paling secocok dan menakjubkan di Malaysia, ia seharusnya dianugerahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Keutuhan cinta mereka dalam melayari bahtera rumah tangga semenjak tahun 1956 membuatkan mereka sangat serasi.

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Tun M yang ke-93 pada 10 Julai dan sambutan hari jadi Tun Siti yang ke-92 pada 12 Julai ini, Gempak membawakan anda video eksklusif Hello TUNs!

Merpati dua sejoli ini berdepan dengan sesi temu bual paling sukar yang pernah mereka hadapi pada hari ulang tahun kelahiran mereka!

Menampilkan kanak-kanak cilik berusia 10 tahun, Kashika Selvam yang penuh dengan perasaan ingin tahu sebagai pengacara, Kashika meneroka sisi berbeza pasangan serasi ini!

sdr

Berikut merupakan soalan-soalan yang ditanyakan oleh Kashika kepada Tun M dan Tun Siti:

Kashika: Tun M ni nampak seperti seorang yang kelakar. Tun Siti, adakah Tun M kelakar?
Tun Siti: Kadang-kadang, bukan selalu. Kadang-kadang saya risau apabila dia melawak, sebab orang akan mungkin salah faham apa yang dia lawakkan tu sebagai sesuatu yang serius. Bahaya tu!
Kashika: Bata atau Berocca?
Tun M & Tun Siti: Bata.
Kashika: Makan atau kerja?
Tun M & Tun Siti: Kerja.
Kashika: Tun M, boleh Tun ceritakan sesuatu mengenai diri Tun yang Tun Siti sendiri pun tak tahu?
Tun M: Yang itu rahsialah..
Tun Siti: Eh.. Tak, saya nak dengar!
Kashika: Tun M sering kelihatan bijak dan kadang-kadang kelihatan agak serius. Apakah perkara paling gila yang pernah Tun lakukan?
Tun M: Perkara paling gila yang pernah saya lakukan ialah…
Tun Siti: Berkahwin dengan saya!
Tun M: Ya, itu menyeronokkan!
Kashika: Berfikir sebelum bercakap atau bercakap sebelum berfikir?
Tun M & Tun Siti: Berfikir.
Kashika: Proton vs Perodua?
Tun M & Tun Siti: Proton.
Kashika: Menulis atau membaca?
Tun Siti: Kedua-duanya!
Tun M: Membaca.
Kashika: Perkara apakah yang paling Tun M suka mengenai Tun Siti?
Tun M: Susah nak fikirlah.
Tun Siti: Banyak sangat!
Tun M: Tapi.. perkara yang paling saya suka adalah dia tak kacau saya. Kerana saya ni selalu keluar, selalu ada kerja, tak cukup masa untuk famili, untuk anak-anak, tapi dia tak pernah merungut.
Kashika: Piano atau violin?
Tun Siti: Violin.
Tun M: Piano.
Kashika: K-Pop atau hip hop?
Tun M: Hip hop… Sebenarnya, saya tak faham sangat dengan soalan ni…
Kashika: Novel atau filem?
Tun M: Novel.
Tun Siti: Filem.
Kashika: Tun berdua adalah pasangan paling digemari oleh rakyat Malaysia. #CoupleGoals! Gambarkan pasangan masing-masing dalam hanya tiga patah perkataan sahaja?
Tun Siti: Saya tak mahu dengar! Hahaha.
Tun M: Hahaha.. Selalu lambat!
Kashika: Durian atau keju?
Tun M & Tun Siti: Durian!
Kashika: Kuat bekerja atau kuat bermain?
Tun M & Tun Siti: Kuat bekerja!
Kashika: Logik atau kreativiti?
Tun Siti: Kreativiti… apa jawapan awak?
Tun M: Saya setuju dengan awak sahajalah!
Kashika: Tun Siti, apakah kelemahan Tun M?
Tun Siti: Kelemahan? Kerja kuat.. Kerja setiap hari, saban hari, kadang sampai lupa dengan saya di rumah. Seperti mana yang dia sebut tadi, itu tugas dia, jadi saya perlulah terima. Ini satu pengorbanan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya untuk bangsa dan negara.
Tun M: Kalau bolehlah, jika kita pergi ke mana-mana, kita pergi berdua. Ke mana juga saya pergi, Tun Siti ikut.
Tun Siti: Mengekorlah kan..
Tun M: Tapi dia tak suka dengar ucapan. Bila saya memberikan ucapan, dia lena, dia tidur.
Kashika: Apakah cita-cita Tun berdua ketika berusia 10 tahun?
Tun M: Saya mahu jadi seorang peguam, tapi tak berjaya mendapatkan biasiswa. Sebaliknya, saya dapat biasiswa untuk bidang perubatan.
Tun Siti: Saya mahu jadi wartawan sebab saya banyak membaca dan menulis. Tetapi ketika zaman penjajahan Jepun, ibu saya jatuh sakit. Jadi saya ubah fikiran untuk menjadi seorang doktor.
Kashika: Perancis atau Belgium?
Tun M & Tun Siti: Perancis.
Kashika: Menjadi baik atau menjadi adil?
Tun Siti: Menjadi adil.
Kashika:Peluk atau cium?
Tun Siti: Kedua-duanya!
Tun M: Peluk..
Tun Siti: Kedua-duanya, peluk dan cium!
Kashika: Adakah Tun rasa saya boleh menjadi seorang Perdana Menteri?
Tun M: Semestinya.. Tapi awak mesti kerja kuat, berbuat baik kepada orang, dapatkan sokongan mereka, awak juga harus selalu berpegang kepada janji, buat perkara yang betul, jangan menipu. Semua ini, jika awak ada ciri-cirinya, orang akan suka dan mengikut demokrasi, anda boleh menjadi Perdana Menteri! Saya sendiri tak pernah terfikir saya akan bergelar Perdana Menteri kerana saya bukan siapa-siapa. Saya bukan berasal dari keluarga kelas atasan, saya hanya anak kepada seorang guru sekolah. Tetapi saya cuba bertanding dalam pilihan raya dan menang.
Sesi temu bual yang menarik itu diakhiri dengan kejutan hari lahir untuk pasangan serasi ini. Mewakili Gempak, Kashika memberikan hadiah berupa kek hari jadi, gubahan belon dan gabungan 93 keping foto polaroid ucapan hari lahir kepada Tun M dan Tun Siti.

Kashika yang merupakan bintang Ceria Megastar ini juga sempat menyanyikan lagu Rasa Sayang Hey, diiringi dengan alunan piano oleh Tun Siti.

Selamat ulang tahun kelahiran Tun M dan Tun Siti, semoga panjang umur, murah rezeki serta diberikan kesihatan yang baik untuk terus memacu Malaysia mencapai kejayaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *