Susut & Tutup Leher, Penampilan Fizikal Terkini ‘Mr.Grey’ Fendy Bakry Dipersoal Netizen

Baru-baru ini, pelakon drama Mr.Grey yang juga merupakan bekas finalis Hero Remaja 2012/13, Fendy Bakry telah pun mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat dan jemputan khas di Hotel Sentosa Regency, Alor Star Kedah.

Meski ramai yang gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana bintang berkenaan melakukan kemunculan di khalayak, namun penampilan fizikal bintang berusia 29 tahun yang kelihatan sedikit susut mengundang tanda tanya netizen

Nampak kurus sangat..

Malah, Fendy yang sejak kebelakangan ini sering tampil dalam keadaan leher yang ditutupi dengan selendang atau mafla turut menjadi tanda tanya.

Kenapa selalu turup leher?

Apa pun, bersempena dengan bulan ramadan yang kini hampir ke penghujung tahun ini, ayuh kita doakan kesejahteraan Fendy. Moga kesihatan Mr.Grey kesayangan ramai ini sentiasa berada dalam keadaan baik.

 

Foto: Instagram Fendy dan Fadzil Zahari, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *