‘Benda Alah Ropol Tu Apa Fungsi Dia?’ – Nabila Huda Tempelak Baju Melayu Macam Baju Perempuan

Menjelangnya Hari Raya tidak lama lagi, muncul aneka jenama pakaian tempatan menjual baju Melayu, kurung dan kebaya untuk digayakan di hari kemenangan umat Islam itu nanti. Pelbagai trend dan gaya terkini boleh diperkenalkan setiap tahun sehingga boleh buat kita rambang mata untuk memilihnya.

Pelakon berkarakter Nabila Huda menyuarakan pendapatnya mengenai fesyen baju Melayu di pasaran hari ini yang dilihat terlalu berlebihan dan sudah tidak lagi asli dan klasik.

 

Lelaki elok pakai yang biasa je

Nabila Huda menerusi Twitternya meluahkan trend baju Melayu sekarang yang disifatkan bertambah kreatif seiring dengan peredaran masa. Namun dia berpendapat golongan lelaki lebih elok memakai baju Melayu klasik atau jubah dan tidak mempunyai rekaan yang agak keperempuanan.

Jangan terlalu ke depan sangat

Benda best pasal raya, boleh memerhati baju orang yang datang

Ini baju apa?

Anak kepada legenda rock Amy Search ini juga sempat menegur satu rekaan baju Melayu yang viral di media sosial. Baju dengan rekaan ropol di sisi seakan dress itu dikritik Nabila yang bertanyakan jika fungsi ropol berkenaan berfungsi untuk tapau lemang ketika beraya nanti.

Kredit:Ohbulan

 

Sumber: Nabila Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *