5 Perihal Mengenai Drama Nur Yang Cetuskan Fenomena

Tahniah diucapkan buat produksi drama Nuryang mencetuskan fenomenanya tersendiri! Drama yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddinmenampilkan Syafiq Kyledan Amyra Rosli sebagai pelakon utamanya kini hangat ditayangkan di slot samarinda TV3.

Disebalik fenomena yang tercetus tidak ramai yang mengetahui beberapa perkara mengenai drama ini. Berikut Hangat.com bawakan 5 perihal mengenai Nur dan pelakon-pelakonnya.

Siapa sangka sejak ditayangkan, drama Nur begitu popular sehingga trending no 1 di media sosial! Sehingga kini, Nur telah mencatat 9 juta penonton dan 1.9 juta tontonan digital

Ramai yang tidak tahu ini adalah kemunculan semula Noorkhiriah. Sebelum ini pelakon yang memegang watak sebagai Aishah ini pernah mengambil keputusan untuk berhenti berlakon pada 2016 namun rezekinya masih di dalam dunia lakonan kerana kemunculan semulanya dalam Nur benar-benar menjadi!

Jika kita biasa melihat Noorkhiriah memegang watak yang kelakar tetapi tidak bagi Nur kerana anda bakal melihat sisi lain Noorkhiriah yang pastinya membuatkan anda terasa panas hati.

3Watak Ustaz Hamidi Dikecam

 

Watak Uztaz Hamidi yang dilakonkan oleh Azhan Rani sememangnya layak diberi pujian kerana ianya sesuatu yang lain daripada yang lain. Watak ini mengisahkan seorang ustaz yang dianggap ‘munafik’ kerana bertopengkan sebagai orang yang bijak pandai dalam bidang agama sebaliknya dia melanggan pelacur dan melanggar perintah agama.

Kontroversi tercetus apabila ada segelintir netizen menganggap penulis skrip drama itu sengaja menjatuhkan maruah golongan ustaz namun Shahrulezad telah menjelaskan dia terlebih dahulu membuat kajian mengenai watak tersebut.

Disamping menampilkan ramai pelakon -pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan ramai lagi, drama Nur juga membuatkan penonton yang melihatnya beremosi! Malah hasil tinjauan kami di Twitter, hampir setiap episod penonton hangat memperkatakannya.

Hangat.com berharap tidak ada penonton yang terbawa ‘kebencian’ sesuatu watak dalam Nur ini di luar set. Ingat ini hanyalah lakonan semata-mata ya!

Selain daripada jalan ceritanya yang menarik, ramai juga yang tertanya siapakah penyanyi-penyanyi yang menyanyikan lagu tema drama Nur. Pada permulaan filem anda bakal mendengar nyanyian Kaer Azami dan Amylea menerusi lagu Tak Pernah Hilang.

Manakala pada pertengahan drama pula anda akan mendengar kelunakan suaraIdayumendendangkan lagunya, Ganti Diriku. Selain comeback Noorkhiriah, lagu-lagu ini juga merupakan single terbaru bintang-bintang Akademi Fantasia yang agak lama menyepi. Welcome back!

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *