”Aughhh! Geramnya…”-Telatah Comel Arif Jiwa Jadi ‘Monster’, Sakat Ibunya Bikin Netizen Terhibur!

Seronok betul tengok gelagat cucu kesayangan penyanyi nombor 1 Malaysia, Arif Jiwa Asyraf yang sentiasa nampak happy go-lucky dan tersenyum hensem. Membesar dalam keluarga yang penuh dengan kasih dan kebahagiaan, tidak hairan lah Arif Jiwa membesar dengan sihat dan menjadi si cilik yang bijak. Si cilik gebu dan montel ini merupakan anak kepada pelakon dari Indonesia, Tya Arifin dan Asyraf Khalid.

Ibunya Tya memberi memanggil Arif Jiwa dengan gelaran manja sebagai pipi pao. Tya Arifin yang sentiasa memuatnaik gambar dan video mengenai telatah anaknya yang comel itu sering mendapat perhatian daripada ramai netizen yang mengikut perkembangan Arif Jiwa di laman sosial Instagram.

Baru-baru ini, Tya ada memuatnaik satu video Arif menjadi monster. Video tersebut telah dirakam ibu Arif pada tengah malam. Menerusi video tersebut, Arif telah menakut-nakutkan ibunya dengan menjadi monster. Lihat sahaja telatah comelnya mengejar ibunya. Siap ada bunyi macam monster lagi. Seronok bukan main lagi pipi pao ni.

Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang menonton video Arif tersebut. Rata-rata memuji Arif sangat comel sampaikan ada netizen yang berasa geram nak gigit Arif. Dahsyat betul tahap kecomelan Arif ni. Malah, netizen juga kata Arif monster paling cute.

Arif jadi monster kejar ibunya…

Monster comel…

  

Geramnya…

Gigit pipi tu…

Kalau monster, memang saya kejar…

Sumber : IG Arif Jiwa Asyraf / Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *