Keluarga Randy Pangalila Ini Boleh Buatkan Ramai Jatuh Hati

Jika bercakap mengenai kekacakan yang dimiliki aktor dari Indonesia, Randy Dionisius Pangalila atau lebih dikenali sebagai Randy Pangalila pasti tidak boleh disangkal lagi. Pada tahun 2015, Randy kembali mengejutkan ramai peminat dengan susuk tubuhnya kelihatan lebih sasa berbanding penampilannya sebelum ini.

Dilahirkan dalam keluarga yang serba boleh

Selain Randy, ahli keluarganya yang lain juga berbakat dalam bidang seni. Buktinya, sebelum ini Randy bersama-sama kakak dan sepupunya telah menubuhkan sebuah band yang diberi nama Eklesia. Ketika itu, Randy bertindak selaku vokalis utama dan dibantu oleh sepupu dan kakaknya.

Mr Indonesia 2017 Merupakan Sepupu Kepada Randy

Baru-baru ini telah berlangsungnya Mister Universal Ambassador di Makassar Indonesia dimana ianya menyaksikan Mister Vietnam telah dinobatkan sebagai Mister Universal Ambassador 2017.

Antara yang mencuri perhatian lensa kamera dalam pertandingan ini adalah Mister Indonesia, Gillbert Pangalila. Bukan sahaja dikenali sebagai salah seorang model terbaik di Indonesia,Gillbert yang mempunyai kembar seiras juga merupakan abang sepupu kepada Randy.

“The Pangalila” Jadi Perhatian

Di pentas Hollywood mungkin The Kardashians menjadi ikutan ramai tetapi di Indonesia mereka tidak kurang hebatnya kerana mereka mempunyai The Pangalila.

Selain Randy dan Gillbert, ahli keluarga mereka yang lain seperti Ingrid, Gillian danGeraldo juga dikatakan bakal membuatkan ramai lelaki dan perempuan diluar sana mudah jatuh hati dengan kecantikan dan kekacakan mereka.

Gambar Instagram Randy Pangalila

Sumber; Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *